KL, 3 JAN 2013: Adatlah apabila menjadi penyanyi popular. Ada saja yang mengaku bahawa dia merupakan kekasih kepada selebriti tersebut, walaupun dia sudah tahu bahawa penyanyi berkenaan sudahpun berpunya.
Baru-baru ini Murai Batu difahamkan seorang wanita berstatus janda telah menyerang penyanyi Awan Nano, Hafiz Suip ketika artis muda berbakat besar itu sedang menunggu untuk sesi temubual bersama segmen Stailista untuk program Propaganza.
Lebih huru-hara lagi apabila janda meletup berkenaan telah memujuk rayu Hafiz supaya memilihnya untuk menjadi teman
hidupnya di hadapan beberapa krew yang berada di set lokasi penggambaran berkenaan.
Terkejut bukan kepalang, Hafiz juga khabarnya telah dipaksa supaya menjadi pak sanggup kerana janda berkenaan rupa-rupanya sudah memiliki seorang anak lelaki hasil daripada hubungannya yang lalu.
Murai Batu difahamkan, wanita berkenaan sanggup datang jauh dari Kuantan, Pahang semata-mata ingin bertemu Hafiz kerana sudah lama menanam perasaan terhadap juara Akademi Fantasia 7 itu sejak dia mula-mula terjun ke dalam bidang seni.
Tetapi daripada apa yang Murai Batu diberitahu, Hafiz khabarnya cukup bijak mengawal perasaannya meskipun di dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.
Hafiz tidak mudah melenting, sebaliknya meminta janda berkenaan menjelaskan perkara sebenar yang mungkin boleh di bawa berunding tanpa melukakan hati mana-mana pihak.
Bukan janda itu saja, malah khabarnya anak lelaki janda itu juga merupakan peminat tegar Hafiz.
Malah, atas alasan itu juga yang membuatkan janda berkenaan cukup berani untuk bertemu dan memujuk Hafiz supaya berkahwin dengannya, meskipun hakikatnya dia tahu dan sedar bahawa Hafiz sudahpun berpunya.
Janda berkenaan juga tidak segan silu berkongsi gambarnya (diatas) dengan portal murai.com.my bagi membuktikan rasa cinta dan kasih yang begitu mendalam terhadap Hafiz.
Bagi Murai Batu, perasaan kasih dan cinta tidak boleh dipaksa. Ianya lahir secara semulajadi setelah beberapa kali bertemu dan mengenali hati budi masing-masing.
Sikap serta tindakan janda berkenaan menyerang Hafiz di set penggambaran adalah adegan yang tidak ingin kita lihat lebih-lebih lagi kepada selebriti popular sepertinya.
Apa yang pasti, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini, supaya ianya tidak akan berlaku kepada sesiapa saja.-murai
Related Post
hiburan
- Gambar Meletop Fazura pakai Gaun Merah Sendat
- Persatuan Seniman Disaman Tujuh Artis
- Jangan takut berhijrah
- Kilafairy Enggan Malukan Keluarga Lagi
- Ogy akan tinggalkan dunia seni?
- Syahrini ingin kahwin tahun ini
- Adik tiri jamin Zarina Anjoulie
- Kareena Kapoor tukar nama baru
- Seorang gadis rebutan lima jejaka
- The Titans terharu dengan sokongan peminat Malaysia
- Gambar Intan Azura yang mantop
- Koleksi gambar Nad Zainal semasa shooting drama bayangan rindu
- Koleksi gambar terbaru nelydia senrose
- Gambar terbaru Izreen Azminda yang makin bahagia
- Koleksi gambar cun terbaru dari Linda Hashim
- Aliff Aziz pernah kritik kerjaya pelakon?
- Sharifah Shahira mahu tambah anak lagi
- Katie Holmes temui pasangan baru
- Peluang anda untuk berjumpa dengan bintang KPOP
- Intan Ladyana Akui Tidak Rapat Dengan Yana Samsudin
- Sebab sebenar kenapa Yuna tidak beraksi pada AJL27
- Neelofa azam belajar dari kesilapan lalu
- Julia Perez pilih masjid untuk sambut tahun 2013
- Benarkah Noraniza Idris sara suaminya?
selebriti
- Salwa Razak Tidak Lakukan Suntikan Botoks
- Gangguan Pihak Ketiga Punca Noniswara Tuntut Cerai
- Gambar Meletop Fazura pakai Gaun Merah Sendat
- Gambar : Julia Zigler melentik ‘terangkat’ dengan baju basah!
- Jangan takut berhijrah
- Kilafairy Enggan Malukan Keluarga Lagi
- Ogy akan tinggalkan dunia seni?
- Syahrini ingin kahwin tahun ini
- Adik tiri jamin Zarina Anjoulie
- Kareena Kapoor tukar nama baru
- Seorang gadis rebutan lima jejaka
- The Titans terharu dengan sokongan peminat Malaysia
- Gambar Intan Azura yang mantop
- Koleksi gambar Nad Zainal semasa shooting drama bayangan rindu
- Koleksi gambar terbaru nelydia senrose
- Gambar terbaru Izreen Azminda yang makin bahagia
- Koleksi gambar cun terbaru dari Linda Hashim
- Aliff Aziz pernah kritik kerjaya pelakon?
- Sharifah Shahira mahu tambah anak lagi
- Katie Holmes temui pasangan baru
- Peluang anda untuk berjumpa dengan bintang KPOP
- Intan Ladyana Akui Tidak Rapat Dengan Yana Samsudin
- Sebab sebenar kenapa Yuna tidak beraksi pada AJL27
- Neelofa azam belajar dari kesilapan lalu
gosip

No comments: