Gambar Meletop Fazura pakai Gaun Merah Sendat



Gambar Meletop Fazura pakai Gaun Merah Sendat | Jom tengok gambar gebu lagi tiptop dari artis popular Fazura









Persatuan Seniman Disaman Tujuh Artis



Persatuan Seniman Disaman Tujuh Artis | KUALA LUMPUR: Lapan individu, termasuk tujuh artis veteran, memfailkan saman terhadap Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta tujuh yang lain kerana mendakwa Mesyuarat Agung persatuan itu tidak sah dan terbatal.

Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, Merriane Mohd Tap, Jamaliah Mohd Dahan, Azizah Ab Aziz dan Roslinda Buang memfailkan saman itu pada 25 Januari lepas.

Selain Seniman, mereka menamakan presiden persatuan ketika itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari, Wafa A.Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang ketika itu pemangku timbalan presiden persatuan sebagai defendan.

Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan itu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab.

Kes itu disebut pada Jumaat dalam kamar di depan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop dengan dihadiri peguam Mohd Azmi Talib dan Asmadi Abu Bakar yang mewakili plaintif serta peguam Bazlinda Bahrin dan Dalina Hanim Daim bagi defendan.

Mohd Azmi memaklumkan kepada pemberita defendan akan memfailkan penyataan pembelaan dan mahkamah menetapkan 1 Mac depan untuk pengurusan kes.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentangkan pada 26 Mei 2012 adalah terbatal dan tidak sah.

Sehubungan itu, mereka mendakwa pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat berkenaan juga tidak sah.

Selain ganti rugi am, ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, mereka menuntut agar Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa menanggung atau membayar RM56,000 kepada persatuan. - BERNAMA

Gambar : Julia Zigler melentik ‘terangkat’ dengan baju basah!



Julia Zigler melentik ‘terangkat’ dengan baju basah! | Wah! Julung-julung kali kami dipertontonkan dengan foto tanpa solekan (atau ianya memang disolek sedemikian) yang agak comot dari Julia Zigler.

Foto ehsan BuahMulut.com ini menyaksikan Julia berposing dengan hanya memakai t-shirt yang agak kebasahan (peluh kot) dan seluar jeans.

Sebelum ini Julia juga dikaitkan dengan beberapa kontorversi dan yang terbaru pertelingkahannya dengan Syarifah Sakinah.
Laporan Harian Metro semalam menyebut yang Sharifah Sakinah tidak kisah untuk bekerjasama dengan Julia Ziegler dalam drama atau pun filem jika ditawarkan oleh mana mana pihak.

Ini lantaran hubungan mereka yang kini telah jernih selepas pasangan selebriti ini dikhabarkan berperang mulut sekitar dua tahun yang lalu.

“Saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan kami bertegur sapa. Saya tiada masalah dengannya & tidak menyimpan apa apa dendam,” ujar Sharifah Sakinah baru baru ini.

Namun, lain pulan cerita dari sebelah pihak Julia Ziegler yang secara terang terangan menafikan hubungan beliau dan Sharifah Sakinah telah kembali jernih seperti yang didakwa.









sumber