Gambar hiasan
NAMA Datuk Eizlan Yusof bukanlah baru dalam dunia seni tanah air. Sehingga kini, pelakon yang memulakan karier pada usia belasan tahun ini sudah membintangi banyak drama.
Justeru, menerusi pengalaman yang terkumpul, pelakon berusia 42 tahun ini mula mengembangkan sayap dalam bidang pengarahan. Kini Eizlan tampil dengan drama bersiri 5 Bujang yang mula menemui peminat menerusi TV1, RTM bermula 1 Januari lalu.
Menariknya drama 5 Bujang terbitan Saphire Screen Sdn Bhd, berkonsep komedi dan menggabu�ngkan barisan pelakon hebat iaitu Ako Mustafa, Zed Zaidi, Zul Yahya, Hairul Azreen dan Zarina Zainuddin. Ia disiarkan Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang dalam slot Cindai.
5 Bujang mengisahkan lima watak utama iaitu Tarmizi, Benn, Otai, Johari dan Borhan yang tinggal serumah. Mereka masing-masing tidak berpendidikan tinggi dan mencari rezeki dengan kerja biasa yang bersesuaian dengan minat masing-masing.
Hubungan mereka sebagai rakan serumah begitu akrab. Walaupun mereka semua berlainan pekerjaan, tetapi saling mengambil berat erti persahabatan sebenarnya.
Walaupun Borhan bekerja sebagai chef di restoran dan banyak makan, badannya tetap kurus melidi. Namun, dia ingin dikenali dengan nama panggilan ‘Bob’ walaupun nama ini sebenarnya popular di kalangan individu bertubuh gempal.
Kadang-kadang Chef Bob Borhan akan membuat persembahan masakannya di depan pengunjung restoran tersebut. Malah, dia mempunyai kelebihan menyanyi sambil menari ketika masak.
Bila dia membuat persembahan, istimewanya siap ada pemuzik yang mengiringinya. Walaupun Chef Bob Borhan terkenal, namun dia mempunyai cita-cita pelik iaitu mahu menjadi ahli gusti, menyebabkan dia menjadi bahan gelak ketawa sesiapa yang mendengarnya.
Mat Taib pula mempunyai cita-cita terpendam sebagai pengarah filem. Nama panggilannya Otai kerana pekerjaan yang dilakukannya sebagai pencetak CD.
Kerana terlalu mengagungkan P Ramlee, setiap dialog P Ramlee dalam setiap filemnya semua Otai ingat dan kadang-kadang menjadi bahan gurauan bersama rakannya. Otai dapat tahu mengenai sindiket cetak rompak yang dilakukan oleh tauke tempatnya bekerja.
Dia mula menyiasat kenapa dan mengapa boleh jadi seperti satu sindiket yang mula berleluasa. Sambil bekerja Otai mula tanam semangat untuk cuba hapuskan cetak rompak.
Begitu juga dengan rakan mereka Johari yang berangan menjadi penyanyi dan mempunyai band sendiri. Dia juga berhasrat menjadi komposer terkenal yang mencipta lagu untuk penyanyi tanah air.
Yang lucu mengenai Johari, dia menjadi kegemaran pengunjung karaoke. Walaupun sebagai ‘cd programmer’ sahaja, tetapi Johari suka berinteraksi dengan pengunjung karaoke. Telatah lucunya pasti membuat pengunjung gembira.
Satu kelebihan ada pada Johari dia sememangnya pandai mengaji. Berlainan dengan perinsip Tarmizi kerana hendak berbakti pada negara, menjadi niat utamanya.
Duit padanya jatuh pada tangga kedua kerana cintanya pada alam semulajadi.
Tarmizi bekerja sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital terkenal. Setiap hari Tarmizi akan berdepan dengan pesakit yang pelbagai kerenah.
Namun, Tarmizi gembira dengan kerjanya yang berbakti pada negara dan manusia. Bagaimanapun cita-cita asalnya ialah menjadi ahli bomba.
Arbani pula ingin dikenali dengan nama glamour Benn. Dia bekerja di pusat renang terkenal sebagai penjaga kolam renang. Tugasnya ialah mencuci kolam renang dan membantu keperluan ahli renang.
Benn berbadan besar dan sasa serta cukup syarat menjadi lifeguard. Itulah idamannya sejak mula bekerja di pusat renang dan sebelumnya lagi. Dia mula belajar berenang dan sedar betapa pentingnya tahu berenang.
Disebalik semua ini, seorang gadis menjadi impian lima jejaka ini, tetapi semuanya tidak tahu isi hati masing-masing. Di dalam setiap angan-angan mereka, wajah gadis ini akan timbul dengan pelbagai watak.
Bagaimanapun gadis ini mempunyai bapa yang garang dan menakutkan mereka berlima. Semua angan-angan lima sahabat divisualkan ketika mereka bercuti.
Mereka berkumpul dan memancing serta berkhemah. Apakah yang terjadi sewaktu mereka meluangkan masa bersama itu? Adakah mereka berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan? Saksikan kesudahan 5 Bujang arahan Eizlan ini.-hmetro
Related Post
selebriti
- Salwa Razak Tidak Lakukan Suntikan Botoks
- Gangguan Pihak Ketiga Punca Noniswara Tuntut Cerai
- Gambar Meletop Fazura pakai Gaun Merah Sendat
- Gambar : Julia Zigler melentik ‘terangkat’ dengan baju basah!
- Jangan takut berhijrah
- Kilafairy Enggan Malukan Keluarga Lagi
- Ogy akan tinggalkan dunia seni?
- Syahrini ingin kahwin tahun ini
- Adik tiri jamin Zarina Anjoulie
- Kareena Kapoor tukar nama baru
- The Titans terharu dengan sokongan peminat Malaysia
- Gambar Intan Azura yang mantop
- Koleksi gambar Nad Zainal semasa shooting drama bayangan rindu
- Koleksi gambar terbaru nelydia senrose
- Gambar terbaru Izreen Azminda yang makin bahagia
- Koleksi gambar cun terbaru dari Linda Hashim
- Janda Meletup Tergila-gilakan Hafiz
- Aliff Aziz pernah kritik kerjaya pelakon?
- Sharifah Shahira mahu tambah anak lagi
- Katie Holmes temui pasangan baru
- Peluang anda untuk berjumpa dengan bintang KPOP
- Intan Ladyana Akui Tidak Rapat Dengan Yana Samsudin
- Sebab sebenar kenapa Yuna tidak beraksi pada AJL27
- Neelofa azam belajar dari kesilapan lalu
hiburan
- Gambar Meletop Fazura pakai Gaun Merah Sendat
- Persatuan Seniman Disaman Tujuh Artis
- Jangan takut berhijrah
- Kilafairy Enggan Malukan Keluarga Lagi
- Ogy akan tinggalkan dunia seni?
- Syahrini ingin kahwin tahun ini
- Adik tiri jamin Zarina Anjoulie
- Kareena Kapoor tukar nama baru
- The Titans terharu dengan sokongan peminat Malaysia
- Gambar Intan Azura yang mantop
- Koleksi gambar Nad Zainal semasa shooting drama bayangan rindu
- Koleksi gambar terbaru nelydia senrose
- Gambar terbaru Izreen Azminda yang makin bahagia
- Koleksi gambar cun terbaru dari Linda Hashim
- Janda Meletup Tergila-gilakan Hafiz
- Aliff Aziz pernah kritik kerjaya pelakon?
- Sharifah Shahira mahu tambah anak lagi
- Katie Holmes temui pasangan baru
- Peluang anda untuk berjumpa dengan bintang KPOP
- Intan Ladyana Akui Tidak Rapat Dengan Yana Samsudin
- Sebab sebenar kenapa Yuna tidak beraksi pada AJL27
- Neelofa azam belajar dari kesilapan lalu
- Julia Perez pilih masjid untuk sambut tahun 2013
- Benarkah Noraniza Idris sara suaminya?
No comments: