Neelofa azam belajar dari kesilapan lalu



NAMA figura cantik ini sering menjadi sebutan tahun lalu. Bukan sahaja kerana kariernya yang semakin berkembang, malahan juga dengan cerita cinta dan palitan kontroversi yang terbit di celah karier seninya.

Bukan meminta dikenali menerusi selitan kontroversi, namun juara Dewi Remaja 2010/2011 ini akur, segala tindak tanduknya sering menjadi perhatian.

Menurut Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, tahun 2013 ini diharap menjadi lembaran baru dengan catatan yang lebih baik mengenai dirinya.

"Segala yang terjadi tahun lalu, bukanlah apa yang saya harapkan.



"Setiap tahun, saya sentiasa minta untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Apa yang berlaku tahun lalu, saya jadikannya satu pengajaran dan sesi pembelajaran.

"Saya akan pastikan segala yang negatif tidak akan berulang.

"Sejujurnya saya mahu jadi insan yang lebih baik.

"Apabila umur saya akan menginjak ke usia 23 tahun, saya sudah nampak apa yang kurang, dan saya tidak mahu ulangi kesilapan sama lagi," katanya kepada Zass.-sinar harian

Related Post

Neelofa azam belajar dari kesilapan lalu Unknown Rating: 5 Thursday, 3 January 2013

No comments: