Pengasas Playboy kahwin lagi



PENGASAS majalah porno Playboy, Hugh Hefner, 86, secara rasminya telah berkahwin dengan Crystal Harris, 26, pada Selasa lalu.

Ternyata jarak usia 60 tahun tidak menghalang pasangan itu untuk mengecap kebahagiaan bagi mendirikan rumah tangga bersama.

Menurut laporan Telegraph, majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di rumah agam Playboy, Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.

"Mr. dan Mrs. Hugh Hefner mengucapkan selamat tahun baru," demikian tulis Hugh di Twitter miliknya.

Beberapa jam kemudian, Hugh sempat memuat naik foto dia bersama isterinya yang secocok dengan pakaian pengantin mereka.

Pasangan itu sebenarnya telah merancang untuk berkahwin pada tahun lalu, namun Crystal telah meminta perkahwinan itu ditunda.-mstar online

Related Post

Pengasas Playboy kahwin lagi Unknown Rating: 5 Thursday, 3 January 2013

No comments: