Sebab sebenar kenapa Yuna tidak beraksi pada AJL27



PENYANYI Terukir Di Bintang, Yunalis Zarai menarik diri daripada saingan Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang bakal berlangsung Ahad ini.

Yuna terpaksa menarik diri daripada pentas final AJL27 kerana terpaksa memenuhi tuntutan rakaman di Los Angeles.

Yuna kini sudah pun berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menerusi laman Twitternya kira-kira sejam lalu, Yuna menulis, “hari pertama 2013 di LA dan saya sedang menuju ke arah untuk membuatkan Malaysia bangga.”

Lagu Terukir Di Bintang bakal dinyanyikan oleh penyanyi gantian yang akan diumumkan esok.

Lagu ciptaan Yuna ini akan bersaing dengan 11 lagu lain yang terpilih ke final.

Pentas akhir yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil itu akan dihoskan oleh gandingan pengacara, Faizal Ismail dan Cheryl Samad.-sinar harian

Related Post

Sebab sebenar kenapa Yuna tidak beraksi pada AJL27 Unknown Rating: 5 Thursday 3 January 2013

No comments: